PENGERUSI MAIS MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN MULTAQA PENTADBIR MASJID NEGERI SELANGOR 2023

PENGERUSI MAIS MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN MULTAQA PENTADBIR MASJID NEGERI SELANGOR 2023

398663403 718102313568304 1997876068653434559 n
JOHOR BAHRU, 5 Nov – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Multaqa Pentadbir Masjid Negeri Selangor di Hotel Thistle, Johor Bahru.
 
Multaqa ini diadakan buat julung kalinya sebagai medium percambahan fikiran dan kebersamaan Pentadbir Masjid dalam memahami hala tuju dan dasar MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta hasrat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.
 
Pengerusi MAIS berkata, Pengurus dan Nazir Masjid yang dilantik perlu mengambil peluang dan ia juga merupakan satu amanah dalam mengerakkan perubahan yang lebih baik di masjid masing-masing.
 
“Amanah yang diberikan ini merupakan peluang kepada semua Pentadbir Masjid untuk menggerakkan perubahan yang positif di masjid masing-masing khususnya dalam membimbing dan memajukan ahli-ahli kariah dan memperkasakan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat peribadatan umat Islam.” Ujarnya.
 
Pengerusi MAIS juga turut mengingatkan agar masjid tidak dijadikan medan politik yang akhirnya boleh menyebabkan perpecahan di kalangan kariah.
 
“MAIS melarang sama sekali masjid dijadikan tempat berkepentingan oleh mana-mana individu atau pihak atau ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan politik masing-masing. Masjid seharusnya menjadi tempat yang “neutral” daripada sebarang pengaruh atau elemen politik kepartian. Masjid tidak boleh menjadi medan kempen atau medan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti ahli-ahli politik tertentu.” Katanya.
 
Sementara itu, Multaqa pada kali ini diadakan berjaya mengumpul hampir 500 pentadbir Masjid seluruh negeri Selangor.
 
Turut hadir dalam Majlis ini adalah Puan Salwana binti Ahmad Dahalan, Timbalan Pengarah Operasi, JAIS; Tuan Mohd Faizal bin Raji, Timbalan Pengarah Pengurusan, JAIS; Ustaz Hazman bin Che Mohamed
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS dan Ustaz Mohd Farhan bin Wijaya, Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor