MAIS ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

MAIS ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

396729502 716619793716556 90829913448215885 n
SHAH ALAM 2 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal dan Sektor Pembangunan Sosial hari ini, mengadakan kunjungan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor.
 
Wakil MAIS diwakili oleh empat (4) orang iaitu Ustaz Hj. Mohammad Salleh bin Abdul Saha – Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran, Ustaz Mohd Romzi bin Abdullah Sani – Ketua Bahagian Harta Baitulmal, Ustazah Hafizatul Akmal binti Abdul Jalil – Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK dan Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman – Eksekutif Agihan Fidyah MAIS.
 
Kunjungan ke JKM ini adalah bertujuan mengadakan satu perbincangan berkisarkan pengurusan pusaka di rumah jagaan warga emas dan agihan fidyah melalui agensi JKM Negeri Selangor.
 
JKM menyambut baik hasrat MAIS dalam usaha untuk membentuk kolaborasi dua hala bagi mempromosikan perkhidmatan kedua belah pihak.
 
En. Azmir bin Kassim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor mengalu-ngalukan
kehadiran MAIS dan seterusnya mempengerusikan kunjungan hari ini.
 
Semoga langkah awal ini dapat direalisasikan demi menjaga kebajikan dan keperluan masyarakat serta mengeratkan jalinan hubungan dua hala di antara MAIS dan JKM.
Info lanjut, sila layari:
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor