BAITULMAL MAIS ADAKAN BENGKEL PENYEDIAAN PERATURAN-PERATURAN BAITULMAL BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MAIS
BAITULMAL MAIS ADAKAN BENGKEL PENYEDIAAN PERATURAN-PERATURAN BAITULMAL BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MAIS

SHAH ALAM, 16 Okt – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Peraturan-Peraturan Baitulmal Negeri Selangor bersama Pengurusan Tertinggi MAIS yang diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 13-15 Oktober 2023.
Bengkel ini dihadiri oleh kira-kira 15 orang peserta terdiri daripada Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir bin Makhtar, Timb. Setiausaha (Operasi), Pn Hajah Norzaihan binti Mohd Zain, Timb. Setiausaha (Dasar & Pengurusan), Pn Hajah Nurhani Salwa binti Jamaludin, Penasihat Undang-Undang, Pn Norlaili binti Mohamad, Pengarah Baitulmal, Ust Indera Shahril bin Mohd Shahid, Ketua Audit Dalam, Tuan Zaharudin bin Salim dan beberapa orang pegawai MAIS yang lain.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyediakan draf undang-undang Peraturan-Peraturan Baitulmal yang akan menjadi panduan kepada MAIS dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya kepada ummah.
Semoga dengan bengkel yang diadakan akan dapat merealisasikan penghasilan Peraturan-Peraturan Baitulmal Negeri Selangor yang efektif.
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...
Klang, 16 Jun – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...