MAIS Erat Silaturahim dan Kongsi Perkembangan bersama YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah

MAIS Erat Silaturahim dan Kongsi Perkembangan bersama YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah

375994537 686030690108800 7441374028389696961 n
Shah Alam, 8 September—Bagi mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Hal Ehwal Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS satu sesi perkongsian bersama YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah diadakan di sini hari ini.
 
YB Dr. Mohammad Fahmi merupakan Anggota MAIS yang baharu juga merupakan Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor. YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turut hadir di sesi pertemuan ini.
 
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah yang telah dilantik sebagai Anggota MAIS diikuti dengan sesi taaruf bersama semua ketua jabatan yang hadir.
 
Beliau turut berpesan agar semua pihak sentiasa menitikberatkan maslahah ummah bagi keharmonian negeri Selangor.
 
YB Dr. Mohammad Fahmi juga menzahirkan ucapan penghargaan atas sesi taaruf ini dan mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada beliau.
Sesi diteruskan dengan taklimat berkaitan MAIS oleh Y.Bhg Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS diikuti oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Shahzihan Ahmad, Jabatan Mufti Selangor yang dibentangkan oleh Y.Brs. Ustaz Mohd Shukri Sulaiman.
 
Taklimat diteruskan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Puan Neney Shuhaidah Shamsuddin diikuti Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Tuan Hj. Zainor Rashid Hassin.
 
Seterusnya sesi taklimat dari agensi dan anak syatikat MAIS didahului oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Encik Mohamad Amin Ibrahim, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Tn. Hj. Anuar Hamzah Toha dan diikuti dengan Univesiti Islam Selangor (UIS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Encik Zulhizzam Hamzah.
 
Seterusnya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang dibentangkan oleh Y.Brs Encik Nur Mohd Razali Abdullah dan diakhiri dengan Bakti Suci Holding Sdn. Bhd. (BSHSB) yang dibentangkan oleh Y.Brs Encik Mohd Nuri Abdul Aziz.
 
Turut hadir Pn. Hajjah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha MAIS (Dasar dan Pengurusan) dan Pn. Hajjah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha MAIS (Operasi) serta Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor