BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN KERJA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN KERJA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

376653843 685960716782464 7718840839942005284 n
Sabak Bernam, 8 Septembe–Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan kerja daripada Jawatankuasa Kebajikan, Kesejahteraan Wanita dan Pembangunan Keluarga ( JKKWPK) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 7 September.
 
Deligasi diketuai oleh Puan Rohaizam binti Abd Rahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang keluarga Islam, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertujuan ingin bertukar-tukar pandangan dan input berkenaan penubuhan pusat perlindungan yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIS.
 
Selain itu, banyak sesi soal jawab berkaitan tempoh pemulihan, pendidikan pelatih dan program-program pemulihan yang dilaksanakan di Baitul Ehsan.
 
Pihak MAIS diketuai oleh Ustsz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial mengalukan kehadiran deligasi dan sesi taklimat berkaitan Baitul Ehsan telah disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
Deligasi seramai 15 orang itu turut melawat di sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.
 
Turut hadir bersama Dr. azura binti Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Pulau Pinang, En. Anas Harithah bin Ahmad, JKM Pulau Pinang.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor