MAIS ADAKAN LAWATAN KE MAINS

MAIS ADAKAN LAWATAN KE MAINS

371821425 681382043906998 3647754742201841358 n
SEREMBAN, 30 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) diketuai oleh YAD Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS yang bertujuan mengeratkan silaturrahim serta bertukar maklumat berhubung operasi dan pengurusan keseluruhan MAINS.
 
Lawatan MAIS seramai 12 orang turut disertai oleh agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Lawatan MAIS disambut mesra oleh Dato’ Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Abd Kadir, Pengerusi MAINS.
 
Beliau mengalu-ngalukan kehadiran delegasi MAIS dan berkongsi perkembangan MAINS terutama dari aspek sejarah penubuhan, pembangunan ekonomi dan operasi. MAINS kini berdiri teguh dengan adanya bangunan mereka sendiri dan pemusatan semua produk di bawah satu bumbung.
 
Memberi ucapan balas, Pengerusi MAIS berkata, beliau berharap agar pencapaian institusi agama negeri-negeri ini dapat dijadikan rujukan seiring dengan pelbagai inovasi dan pembaharuan yang akan dilaksanakan bersama.
 
Delegasi turut dibawa melawat Dataran Asnaf dan Kaunter Cawangan MAINS.
 
Turut hadir dalam lawatan ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Encik Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor