DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKENAN MELANTIK YB DR. MUHAMMAD FAHMI NGAH SEBAGAI ANGGOTA MAIS

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKENAN MELANTIK YB DR. MUHAMMAD FAHMI NGAH SEBAGAI ANGGOTA MAIS

370225064 690671606420415 6116917919606659314 n
SHAH ALAM, 29 Ogos 2023 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan melantik Yang Berhormat Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi sebagai Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2021 – 2023 yang berkuatkuasa mulai 29 Ogos 2023 hingga 31 Disember 2023 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
 
Lantikan ini telah disempunakan dalam satu Majlis iaitu Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang-Orang Besar Istana, Orang-Orang Besar Daerah, Dato’ Diraja Negeri Selangor, Bentara Raja, Anggota MAIS, Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Ketua Pendaftar Dan Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor Dan Pendaftar Wali Raja Serta Pendaftar Kanan Perkahwinan Perceraian Dan Rujuk Orang Islam di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.
 
Lantikan YB Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah adalah selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) di bawah subseksyen 11 (2) iaitu;
 
“Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budi bicara Baginda bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.”
 
YB Dr. Mohammad Fahmi mempunyai latar belakang pendidikan lepasan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Ijazah Kedoktoran (PhD) Aeronautical Engineering Imperial College, London, United Kingdom serta Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam Kejuruteraan.
 
YB juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif serta Penasihat Ekonomi Selangor di Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor