AGIHAN FIDYAH MAIS RM106,708.00 DIAGIH KEPADA 721 PENERIMA YANG LAYAK

AGIHAN FIDYAH MAIS RM106,708.00 DIAGIH KEPADA 721 PENERIMA YANG LAYAK

370537044 678944574150745 946626741433653009 n
AGIHAN FIDYAH MAIS RM106,708.00 DIAGIH KEPADA 721 PENERIMA YANG LAYAK
 
25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM106,708.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
 
Terdapat 7 tempat agihan iaitu semuanya di 3 Daerah Hulu Langat , Daerah Kuala Selangor & Daerah Klang dengan jumlah 721 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM106,708.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis.
 
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Masjid Taman Cheras Jaya, SMK Jeram, Persatuan Pengajian Al-Quran & Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor dan lain-lain lokasi.
 
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
 
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
 
Sila klik pautan ini
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor