MAIS ANJUR PROGRAM CEGAH GEJALA SOSIAL

MAIS ANJUR PROGRAM CEGAH GEJALA SOSIAL

367737072 674130007965535 4694831527581277211 n
SUNGAI BULUH, 10 Ogos- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Ceramah Pencegahan Keparahan Sosial yang bertajuk Bahaya Dadah, Vape dan Rokok Kepada Remaja.
 
Program tersebut yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sungai Buloh itu telah dihadiri seramai 200 orang murid tingkatan 4 dan 5 serta para guru.
 
Program bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya gejala sosial yang merosakkan akhlak terutamanya gejala penagihan dadah, merokok, vape dan lain-lain. Selain Itu, program ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang cara-cara untuk mencegah atau menghindari gejala sosial ini.
Program ini juga mendapat kerjasama dari Sekolah Agama Menengah Paya Jaras dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bagi menjayakan program ini. Penceramah program adalah En. Muhammad Zafian Jayos, Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Hj Norhisham bin Ahmad, Pengetua Sekolah Agama Menengah Paya Jaras. Turut hadir ialah Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Eksekutif Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.
Dalam ucapan Tuan Haji Norhisham, beliau berkata pihak sekolah amat menghargai usaha pihak MAIS dalam melaksanakan program ini dan berharap jalinan kerjasama antara pihak sekolah, pihak MAIS dan pihak PKD Petaling akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.
 
Sebelum itu, Ustaz Mohd Ezzam dalam ucapan aluan berkata, beliau berharap agar setiap pelajar mempelajari ilmu yang disampaikan dengan teliti kerana ilmu yang disampaikan terutamanya berkenaan dengan penagihan dadah, rokok dan vape ini sangat memberi kesan negatif kepada generasi sekarang terutamanya pelajar sekolah.
 
Tambah beliau lagi, usaha pencegahan ini teramat penting untuk dimulakan dari peringkat sekolah supaya gejala sosial dapat dikurangkan secara cepat dan menyeluruh pada masa akan datang.
 
Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan program anjuran MAIS dan berharap agar mereka dapat menyertai program seperti ini lagi di masa akan datang.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor