MAIS RAI 26 PANEL PEGUAM MAIS

MAIS RAI 26 PANEL PEGUAM MAIS

362677757 663600695685133 7524069148255018459 n

SHAH ALAM, 24 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meraikan 26 panel peguam MAIS dalam Program Ramah Mesra Bersama Panel Peguam MAIS hari ini.

Majlis disambut meriah dengan dihadiri seramai 60 orang dikalangan panel peguam MAIS yang dilantik.

Program diadakan bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab Panel Peguam MAIS di bawah Prosedur Pengurusan Panel Peguam MAIS, terutama untuk menjaga kepentingan pihak MAIS sepanjang tempoh perlantikan dan pengendalian kes.

Antara panel peguam MAIS yang diraikan ialah Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah; Tetuan Chambers of Zainul Rijal; Tetuan Azaine & Fakhrul; Tetuan Muda dan Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners.

Majlis dirasmikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Dalam ucapannya, beliau berharap agar panel-panel peguam MAIS dapat bersama-sama dengan MAIS dalam mematuhi tanggungjawab Panel Peguam MAIS, demi menbantu MAIS dalam menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan slot pembentangan bertajuk: Tanggungjawab Panel Peguam di bawah Prosedur Pengurusan Panel Peguam yang disampaikan oleh Puan Nurul Ain Mohd Azahari, Pegawai Undang-Undang MAIS.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Rohana Hasan, Pengarah Khidmat Pengurusan, MAIS dan Encik Rohaizul Mohamed Kholil, Pemangku Pengarah Kewangan MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor