TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU

TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU

361607330 664056952306174 7482996160

SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima dividen daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) berjumlah RM200  ribu bagi tahun kewangan 2022.

Penyerahan dividen ini menunjukkan perkembangan baik dalam pencapaian operasi perniagaan TERAS sepanjang tahun lepas. MAIS mengucapkan jutaan tahniah atas pencapaian ini dan berharap TERAS akan lebih maju dan berjaya pada tahun ini.

Penyerahan dividen ini  telah berlangsung selepas Mesyuarat MAIS di Bangunan Sultan Idris Shah yang disempurnakan oleh Pengerusi TERAS, Dato’ Bakhtiar Bin Hussin kepada YAD. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof , Pengerusi MAIS.

Hadir bersama dalam penyerahan dividen ini adalah Y.Bhg Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar Setiausaha MAIS dan En. Mohd Hasnul Redza  Abdul Rahim Pengurus Besar TERAS.

TERAS merupakan agensi MAIS yang berperanan bertanggungjawab membangun, mengurus dan mengawal pembangunan usahawan asnaf di Negeri Selangor.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor