SYAHADAH SEMPENA MAAL HIJRAH

SYAHADAH SEMPENA MAAL HIJRAH

360090494 661177742594095 809551899074707276 n 2

Shah Alam, 19 Julai – Sempena tahun baru Hijrah, satu majlis syahadah telah diadakan diluar waktu pejabat.

Beliau adalah Cik Law Ching Yi, warga negara Hong Kong berhasrat untuk membuat pendaftaran pengislaman.

Majlis tersebut telah disempurnakan di kediaman salah seorang aktivis yang bergiat aktif dalam beberapa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) di Selangor yang mesra dengan panggilan Kak Shila.

Penerangan berkaitan pengertian dua kalimah syahadah, tugas, kewajipan sebagai seorang Islam, kesan pengislaman dan tanggungjawab terhadap keluarga yang belum Islam telah disampaikan oleh Ustaz Syafiq Raffiqin Liow bin Liow For Sen dalam Bahasa Kantonis. Beliau merupakan Pendakwah Bebas dan Panel Penasihatan Akidah, Jabatan Mufti Selangor serta aktif dalam dakwah dilapangan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kedua ibu bapa muallaf tersebut yang belum Islam. Kedua ibu bapanya hadir dari Hong Kong bagi melihat dan meraikan pengislaman anaknya.

Lafaz dua kalimah syahadah telah disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, Majlis Agama islam Selangor yang juga merupakan Ketua Pendaftar Muallaf Negeri Selangor.

MAIS merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kak Shila sekeluarga kerana menjadi tuan rumah untuk majlis yang penuh barakah dan bermakna ini bersempena dengan umat Islam menyambut kedatangan tahun baharu Hijrah.

Semoga penghijrahan besar yang dilakukan oleh Cik Law Ching Yi akan peroleh ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqomah dalam Islam hingga akhir hayat serta menjadi contoh terbaik kepada kedua ibu bapanya.

Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai dari Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS yang berkorban masa hadir melaksanakan tanggungjawab pada hari cuti umum.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor