FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “KALKULATOR KEHIDUPAN”

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “KALKULATOR KEHIDUPAN”

361604407 660284002683469 2023241403873020963 n

13  JULAI 2023, PUTRAJAYA – Alhamdulillah, Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk ‘Kalkulator Kehidupan’ anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen di saluran TV1 RTM.

Ahli panel terdiri daripada YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam UKM; YBhg. Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan YBhg. Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM.

Program juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Hakimah Mohd Yusof, Ketua Pengarah JAKIM.

Semoga dengan penghasilan program ini akan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengurus harta pusaka dengan segera dan membuat perancangan ke atas harta pada masa hidup.

Jom rancang harta anda melalui MAIS dengan wasiat dan hibah secara dalam talian. Layari www.mais.gov.my.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor