FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “PUSAKA TIDAK BERTUAN”
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “PUSAKA TIDAK BERTUAN”
SHAH ALAM, 9 September 2022 – Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk ‘Pusaka Tidak Bertuan’ anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Program disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen di saluran TV1 RTM.
Ahli panel terdiri daripada YAD Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, S.S Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitumal, MAIS.
Program juga turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor bersama kehadiran Dato Menteri Besar Selangor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seramai lebih 500 orang tetamu jemputan terdiri daripada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi, anak syarikat MAIS, wakil-wakil jabatan dan agensi-agensi Selangor dan Persekutuan serta orang awam turut hadir memeriahkan program.
Semoga dengan penghasilan program ini akan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengurus harta pusaka dengan segera dan membuat perancangan ke atas harta pada masa hidup.
Jom rancang harta anda melalui MAIS dengan wasiat dan hibah secara dalam talian. Layari https://siswa.mais.gov.my.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...