HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID KOTA RAJA
HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID KOTA RAJA
KLANG, 16 Oktober – Semalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang dikenali sebagai Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Kota Raja, khusus kepada pengunjung bagi berkongsi berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka, zakat dan wakaf.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Perarakan Maulidurrasul, Forum Perdana & Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh panel jemputa dan pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan dan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Di samping itu, disediakan juga hadiah istimewa kepada para pelanggan yang mendaftarkan wasiat atau hibah mereka sepanjang hari berlangsung.
Alhamdulillah sehingga petang ini, lebih 500 orang pengunjung telah menghadirkan diri ke program bertemu pelanggan dengan kerjasama Masjid Kota Raja bersempena sambutan Maulidurrasul. turur menyertai, agensi MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor dan Klinik Guaman Syarie MAIS yang membuka kaunter informasi untuk pengunjung program.
Program Hari Bersama Baitulmal MAIS ini akan diteruskan di lokasi masjid terpilih sepanjang bulan Oktober iaitu Masjid Bandar Baru Ampang pada 21 Oktober dan Masjid As-Salam Bukit Sentosa Rawang pada 28 Oktober.
Melalui program ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan Pengurusan Harta dalam kehidupan dan menjadikan MAIS rujukan utama dalam pengurusan harta.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...