694 KELUARGA SEKITAR DAERAH SEPANG & KUALA SELANGOR DIBANTU
694 KELUARGA SEKITAR DAERAH SEPANG & KUALA SELANGOR DIBANTU

Selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima sekitar Daerah Sepang dan Kuala Selangor pada hari ini, 16 Februari berjumlah RM102,712.00 kepada 694 keluarga penerima.
Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi bernilai RM148 seorang termasuk beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap di masak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS.
Agihan melibatkan kerjasama 9 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya daripada SK Tmn. Seroja, SK Salak, SMK Dengkel, SMK Sg. Pelek, SK Tanjong Karang, SK Pasangan, SJKT Bestari Jaya, SMK Jeram dan lain-lain.
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ...
SHAH ALAM, 8 Jun – Sempena Aidiladha 1446H, Majlis Agama...
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
Pengenalan Islam sebagai agama yang syumul (menyeluruh) dan sempurna telah...