MAIS TERIMA KUNJUNGAN DARI MYEG, JALINAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK

MAIS TERIMA KUNJUNGAN DARI MYEG, JALINAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK

329131495 930656057959270 33927284 min

SHAH ALAM 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), menerima lawatan dari Syarikat MyEG.

Kunjungan seramai tiga orang pegawai diketuai oleh Encik Sha Raiza bin Abd Razak, Eksekutif Kanan Bahagian Projek MyEG.

Kunjungan MyEG ini adalah bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama Rakan Strategik terutama dalam kutipan Fidyah dan kaedah pembayaran kepada pelanggan yang lebih efisien dan komprehensif.

Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS mengalu-ngalukan

kehadiran MyEG dan seterusnya mempengerusikan kunjungan hari ini.

“Semoga usahasama ini dapat dijayakan demi kepentingan masyarakat dalam melunaskan tanggungjawab yang perlu dilunaskan,”katanya.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah MAIS, Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal MAIS dan Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran, Baitulmal MAIS.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MyEG.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor