[vc_row][vc_column][vc_column_text]CAMERON HIGHLAND 28 Februari – Selepas mendapat maklumbalas positif menerusi program dakwah MAIS kepada komuniti LGBT baru-baru ini, MAIS terus mempergiatkan pelbagai usaha dakwah dengan menyantuni golongan berkenaan.
Terbaru, MAIS melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah mengadakan Program Tautan Mahabbah Komuniti Disayangi Siri 1/2020 yang diadakan selama 3 hari 2 malam.
Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial berkata, program ini merupakan program susulan dari program siri pertama yang bertujuan menerapkan nilai-nilai Islam dalam komuniti terbabit.
Tambah beliau, seramai 28 orang peserta dari kalangan komuniti LGBT telah mengikuti program ini bagi fasa kedua yang menekankan aktiviti melalui aspek rohani dan sahsiah diri dalam kehidupan.
Mengulas lanjut, Suhaimi memberitahu, peserta yang hadir didedahkan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan, solat berjemaah, tazkirah, slot muhasabah dan slot pemulihan melalui rawatan spiritual Islam.
“Program ini diharapkan dapat membantu golongan berkenaan agar mereka kembali kepada pengamalan Islam yang sebenar. Ia juga diharap dapat memberi peluang kepada mereka yang ingin mengikuti program seumpama ini atau mengikuti mana-mana kelas bimbingan Agama yang dianjurkan oleh MAIS,” katanya.
Menurut salah seorang peserta yang ditemui berpendapat, beliau memuji usaha MAIS dalam menyantuni golongan ini dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.
[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2898″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]