SHAH ALAM, 26 Mac 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan majlis ringkas bertujuan mengeratkan jalinan ukwah antara MAIS dan Ketua-Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Pengerusi Agensi dan Anak Syarikat MAIS dan tanda penghargaan sempena bulan Ramadhan dan Syawwal bagi tahun 1446H hari ini. Melalui majlis ini, semua pihak dapat memberi pandangan dan bersuai kenal bersama YAD Senator Dato Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS. Selain itu, Pengerusi MAIS turut berbesar hati menyampaikan Simbolik Penghargaan diiringi oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada semua Ketua-Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Pengerusi Agensi dan Anak Syarikat MAIS yang hadir. Dalam ucapan ringkasnya, Pengerusi MAIS amat mengalu-alukan kerjasama semua Jabatan,Agensi dan anak syarikat MAIS dalam usaha memperkasa Hal Ehwal Islam di Selangor dan beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan sebelum ini dan di masa akan datang. Turut hadir dalam menjayakan majlis ini adalah YAD Dato’ Setia Prof Madya Dr Haji Anhar Haji Opir, Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Dato’ Haji Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Dato’ Haji Ibrahim Md Yusof, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); Puan Sofian Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Selangor dan Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor serta Pengurus Besar dan Pengurusan Tertinggi agensi dan anak syarikat MAIS. #mais #menjunjungamanah JALINAN UKWAH PENGERUSI MAIS BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, PENGERUSI AGENSI DAN ANAK SYARIKAT Sabak Bernam, 21 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 26, 2025 MAIS RAI PELATIH, SUMBANG SET KELENGKAPAN AIDILFITRI KEPADA PELATIH-PELATIH BAITUL EHSAN Sabak Bernam, 21 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 21, 2025 MAIS Terima Sumbangan 600 pek bantuan raya untuk diagihkan kepada asnaf SHAH ALAM, 21 Mac – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh March 21, 2025 MAIS SUMBANG RM11.7 JUTA BANTU OPERASI 27 RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan… Berita Penuh March 19, 2025 MAIS PERUNTUKKAN RM652,470.00 BANTU 12,380 ANAK-ANAK YATIM DI NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 14 Mac-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan… Berita Penuh March 16, 2025 Add Your Heading Text Here