4/2022NGOi

Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP)

Oleh

Muhammad Syafiq bin Ahmad Fozi (syafiq@mais.gov.my)
Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, MAIS

Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) adalah merupakan sebuah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). PIWP bertindak membantu MAIS dalam menjalankan fungsinya dalam membina dan mengukuhkan institusi kekeluargaan yang menepati hukum syariat Islam di Negeri Selangor. 

PIWP bergerak secara aktif dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan sasarannya seperti asnaf fakir, miskin dan muallaf serta kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar. Kini, PWIP mempunyai serama 200 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antara objektif utama penubuhannya PIWP ialah :

Menyumbang ke arah pembangunan status anak yatim dalam keluarga asnaf dan miskin, golongan ibu tunggal, ibu tanpa nikah dan muallaf serta yang kurang upaya dengan memberi aktiviti latihan, pendidikan serta kerja amal yang berkaitan dan sumbangan khairat kepada yang memerlukan.
Membantu fakir miskin dan masyarakat majmuk Malaysia dalam aktiviti seperti pembekalan makanan dan pakaian ketika perkaratidak diingini berlaku untuk masyarakat setempat.
Memberi sokongan moral dan material serta menyumbang ke arah membina akidah dan pengetahuan agama dalam golongan muallaf, ibu tanpa nikah, ibu tunggal dan orang tua serta kurang upaya daripada keluarga asnaf dan miskin.
Menghulurkan bantuan kewangan untuk aktiviti pembangunan modal insan dan infrastruktur untuk kehidupan sihat dan harmoni.

Selain itu, PWIP juga menjalankan aktiviti agihan sumbangan dan kebajikan yang memerlukan. Antara aktiviti tumpuan yang telah dilaksanakan oleh PWIP ialah membantu agihan sumbangan fidyah sebanyak 120 kotak fidyah, sumbangan kebajikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dan termasuk infak setiap hari Jumaat yang dihantar ke masjid-masjid dan rumah tahfiz sekitar Selangor, menganjurkan kelas-kelas agama secara berkala sama ada secara fizikal atau pun secara maya serta menyantuni masyarakat orang asli. Edisi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button