Palestin Berdarah Lagi: Ibrah Dan Pengajaran
Kependudukan Israel ke atas tanah yang diberkati Allah SWT Palestin telah bermula apabila Resolusi 181 (Pembahagian tanah diantara Arab Palestin 57% – Yahudi Israel 43%) mendapat sokongan penuh daripada Amerika Syarikat (AS) dan undian sokongan sebahagian negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1947.
Kewujudan Israel
Pada 14 Mei 1948, negara Israel yang dirancang oleh Yahudi Zionis telah ditubuhkan di bumi Palestin. Bermula dari tarikh tersebut, telah lebih 7 dekad tanah Palestin dijajah dengan rakusnya oleh rejim Zionis. Masyarakat di negara ini umumnya mengetahui akan kekejaman rejim Zionis dimana hari ini kita dapat melihat bagaimana Israel mensasarkan kanak-kanak dan orang awam sebagai korban dalam meluaskan jajahan takluk mereka. Ini juga merupakan pembunuhan berskala besar yang dilakukan dalam sejarah kemanusiaan secara terang-terangan.
Keistimewaan Tanah Palestin
Apakah yang menjadikan Palestin begitu istimewa? Baitulmaqdis yang terletak di Palestin adalah tempat penting bagi tiga agama samawi iaitu Yahudi dan Kristian, di mana orang melakukan ibadah “pilgrim,” dan bagi agama Islam pula, ia adalah kota ketiga paling suci dalam agama Islam. Ia juga adalah tempat berakhirnya Isra’ dan bermulanya Mi’raj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa yang disebut sebagai “bumi yang kami berkatinya” menunjukkan secara jelas kemuliaan Masjidil Aqsa. Ramai para Rasul lahir dan pernah berhijrah ke situ.
Apa Tindakan kita?
Sebagai umat Islam kita harus bertanggungjawab ke atas Masjidil Aqsa. Oleh itu kita diwajibkan mengecam dan bertindak balas terhadap kekejaman Yahudi Israel diatas tindakan biadab mereka. Diantara salah satu tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam negara kita adalah dengan konsisten memboikot barangan keluaran Israel dan produk yang menyokong Israel dalam melakukan kekejaman melampau yang dilakukan rejim zionis terhadap Palestin. Tindakan tersebut sedikit sebanyak dapat memberi isyarat kecaman dunia dan menyedarkan mereka bahawa jenayah yang dilakukan itu akan turut memberi kesan kepada ekonomi mereka.
Namun begitu, dalam menyelami konfik tersebut terdapat ibrah dan pengajaran kepada umat Islam untuk melihat perkara tersebut dengan mendalam dan memahami hikmah disebalik sesuatu kejadian. Ibrah dan tindakan yang boleh diambil oleh masyarakat Islam adalah seperti berikut:
SWT bagi kesejahteraan Palestin;
2. Menyebarluaskan berita kekejaman Zionis-Israel di media-media sosial dan menentang dakyah dan berita palsu yang disebarkan oleh media-media pro-Israel;
3. Membaca Qunut Nazilah pada setiap solat fardu kerana ia merupakan syariat Allah SWT bahkan ia juga syiar kesatuan ummah; dan
4. Menyumbang idea dan harta (kewangan) dalam membantu masyarakat Palestin.
Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat pelbagai badan bukan kerajaan menjalankan kutipan dana bagi membantu masyarakat palestin. Namun adalah sangat penting bagi kita untuk memastikan badan yang mengutip dan menyelia dana bantuan sumbangan tersebut mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk mengendalikan dana dengan telus dan cekap. Dalam masa yang sama, badan tersebut juga perlulah mempunyai serta telah mendapat kelulusan pungutan khairat dari Majlis Agama Islam Negeri. Di Selangor, kuasa dalam membenarkan organisasi, badan pertubuhan dan orang perseorangan bagi melaksanakan pungutan khairat yang berkaitan hal ehwal Islam perlu dapatkan kebenaran pungutan khairat bawah seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (EPAINS). Berdasarkan seksyen tersebut, kebenaran kutipan tersebut adalah bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum syarak. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Harta Baitulmal bertanggungjawab untuk mengawal, menyelia serta mengeluarkan kebenaran kepada organisasi dan individu bagi melaksanakan semua jenis pungutan khairat di Negeri Selangor.
Penutup
Secara kesimpulannya, marilah sama-sama kita mengambil pengajaran dan penghayatan agar dijadikan pedoman dan panduan kita diantaranya ialah umat Islam hendaklah bersabar dan bermunajat kepada Allah dalam setiap ujian yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dan kita hendaklah sedar bahawa rakyat Palestin telah lama hidup di bawah pendudukan Israel. Sebagai umat Islam yang perihatin, segeralah kita bertindak dan menjalankan tanggungjawab ke atas saudara kita berdasarkan kemampuan dan kekuatan kita agar Allah SWT memberikan kemenangan dan kebebasan kepada rakyat Palestin dalam menjalankan kehidupan dan ibadah dengan aman di bumi yang diberkati dimana didalamnya terdapat Masjid Al Aqsa. Wallahua’lam. Edisi