SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Kursus Induksi Guru Pembimbing Riqab MAIS tahun 2022 pada 22 – 24 Julai 2022. Kursus yang diadakan bertujuan untuk menyampaikan taklimat tentang Garis Panduan Guru Pembimbing Riqab MAIS kepada guru yang baru dilantik. Selain itu, kursus ini turut memberi pendedahan kepada Guru Pembimbing Riqab yang baharu dilantik mengenai kesihatan pesakit HIV, dadah dan kesannya terhadap masyarakat serta ilmu asas kaunseling sebagai persediaan mendekati asnaf riqab semasa sesi bimbingan. Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dan dihadiri seramai 32 orang guru pembimbing riqab MAIS lantikan tahun 2022. Perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru pembimbing riqab yang telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawab membimbing serta membantu memulihkan semangat asnaf riqab di Negeri Selangor. Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ketua Bahagian Pemulihan Riqab, Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid; Penolong Pengarah Kanan AADK Ibu Pejabat, Tuan Mohd Farid bin Haji Mohamad Japeri; Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais bin Kamos ; Panel Pakar Tasawwuf JAKIM, Ahli Majlis Jilsah al-Turuq al-Sufiyah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Dr Jahid bin Sidek dan Pengerusi Pengasih Selangor, Encik Jaafar bin Daud. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023