Berita MAIS

Pengerusi MAIS Ucap Tahniah Kepada 1,889 Graduan KUIS
15 Ogos 2022 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof merakamkan ucapan tahniah kepada 1,889 Graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang telah berjaya menamatkan pengajian. “Saya dan seluruh warga kerja MAIS dan KUIS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian,” katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-25, Sidang ke-2. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh tenaga pengajar KUIS yang sentiasa menyumbang tenaga dan bakti dalam melahirkan generasi yang cemerlang. Konvokesyen KUIS kali ke-25 ini melahirkan seramai 1,889 graduan daripada pelbagai peringkat pengajian. Jumlah keseluruhan graduan sehingga tahun 2022 ialah seramai 27,365. Dalam sidang ke-2 ini, seramai 220 graduan dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang menerima ijazah dan diploma masing-masing. Majlis ini juga sempena KUIS meraikan Sambutan Jubli Perak Majlis Konvokesyan ke-25 dimana kali pertama dahulu diadakan pada tahun 1998. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search