SABAK BERNAM, 2 Ogos 2022 – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS hari ini menerima lawatan dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-Negeri. Lawatan disambut baik oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. Delegasi lawatan diketuai oleh Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor. Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Operasi, MAIS turut mengalu-alukan kehadiran delegasi melalui ucapan beliau secara atas talian. “Saya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada seluruh wakil-wakil Jabatan Pendakwaan Syariah dari seluruh Malaysia dan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor yang telah mengetuai delegasi pada hari ini.” Lawatan kali ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan operasi keseluruhan dan pengurusan rumah pemulihan di bawah MAIS di samping mengeratkan hubungan baik antara Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-Negeri dan MAIS. Delegasi turut diberikan taklimat ringkas berkaitan Baitul Ehsan yang telah disampaikan oleh Puan Nazatushima Othman, Penguasa Baitul Ehsan. Delegasi juga berpeluang melawat seluruh Baitul Ehsan yang meliputi bilik penghuni, dewan makan, surau dan bengkel aktiviti. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ustaz Muhammad Zulhusni Abd Rashid, Ketua Pemulihan Ar-Riqab, Puan Nur Shakirah Johri, Pegawai Syariah, Bahagian Undang-Undang. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS merupakan sebuah pusat yang menepatkan wanita yang terlibat dangan gejala sosial dan memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023