Berita MAIS

PENGERUSI MAIS SANTUNI KARIAH SURAU AT-TAQWA, SEKSYEN 7
SHAH ALAM, 5 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperkukuh hubungan bersama masyarakat menerusi Program Turun Padang dan Solat Subuh Berjemaah yang berlangsung di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi tadi.Kehadiran Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin seawal waktu Subuh disambut mesra oleh Pengerusi Surau, YBrs. Prof. Dr. Azri bin Bhari bersama para jemaah setempat. Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mendekatkan Pengerusi MAIS dengan masyarakat Islam di peringkat akar umbi, sekali gus menjadi ruang terus untuk mendengar maklum balas serta keperluan jemaah. Seusai solat Subuh berjemaah, majlis diteruskan dengan sesi ucapan yang menekankan kepentingan menjaga ukhuwah sesama Islam, sebelum diakhiri dengan majlis ramah mesra bersama penduduk setempat. Turut hadir memberikan sokongan dalam program ini YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS, YBhg. Dato’ Haji Emran bin Kadir, Orang Besar Daerah Petaling dan Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.    
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search