Artikel Dakwah

AJARAN NEW AGE DAN KESANNYA DI MALAYSIA
Ajaran New Age adalah kepercayaan dan praktis kebatinan seluruh dunia yang telah dikumpul dan disistematikkan oleh tokoh kebatinan Barat. Antara tokoh yang terkenal dalam kalangan mereka yang telah menggerakkan pengaruh ini melalui gerakan tersusun seperti Spiritualisme diasaskan oleh Emanuel Swendenborg (abad 17 M), gerakan Mesmerisme diasaskan oleh Franz Anton Mesmer (abad 18 M), gerakan Transcendentalisme diasaskan oleh Ralph Waldo Emerson (abad 19 M), New Thought Movement diasaskan oleh Phineas Quimby (abad 19 M), Theosophical Society yang diasaskan oleh Helena Blavatsky (abad 19 M). Kesemua mereka yang mendokong gerakan ini mempercayai kepada konsep asal usul kejadian alam ini bermula dari sumber roh yang satu yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Brahman, Dao, The One, Over Soul, Universe, Mind, the Creator, the All, god dan pelbagai lagi. Sumber roh ini telah melimpah atau berpecah (emanasi) lalu menjelmakan kehidupan yang ada pada hari ini dan roh itu berada di dalam diri setiap hidupan. Mereka percaya roh dalam setiap hidupan ini adalah tuhan (mereka menggunakan istilah tuhan bagi roh untuk mesra dakyah kepada orang yang percaya kepada Tuhan) atau hakikat kepada sumber roh yang satu. Dari kepercayaan itu ia melahirkan fahaman monisme yang menganggap semua kejadian ini adalah bersumber dari pantulan atau limpahan dari zat ‘tuhan’ atau roh yang satu. Dari situ lahirlah fahaman menganggap semua ini adalah tuhan atau panteisme kerana percaya segala-galanya berasal dari sumber yang sama. Oleh itu, di sinilah akar kepada fahaman pluralisme agama yang menganggap semua manusia adalah sama dan boleh mencapai pergabungan dengan tuhan melalui amalan kebatinan. Dari kepercayaan gerakan ini munculnya konsep Law of Attraction, tilik nasib, astrologi (zodiak), numerology (wafaq), bibliomancy (garpu tala), Chakra (tenaga dalam). Selain itu, mereka membawa praktis spiritual kebatinan iaitu meditasi, yoga, hipnosis, dan teknik penyembuhan dengan mendakwa menggunakan tenaga dalam. Ajaran-ajaran New Age ini sangat fleksibel dan dinamik untuk menerobos masuk ke dalam dunia Islam. Mereka menggunakan istilah-istilah islamik bagi menggantikan istilah konsep New Age seperti perkataan Universe (merujuk sumber roh) digantikan dengan perkataan Allah SWT, Law of Attraction digantikan dengan istilah magnet rezeki, bibliomancy digantikan dengan istilah istikarah al-Quran, dan pelbagai lagi. Sedangkan akarnya masih berdiri dari fahaman New Age yang kufur. Malaysia & Pengaruh New Age Gelombang New Age mula sangat aktif apabila ia tersebar melalui buku-buku dan modul program motivasi, seminar membina jati diri, atau program melahirkan usahawan. Idea ini telah aktif dikembangkan oleh tokoh New Age Barat seperti Napoleon Hill, Esther Hicks, Rhonda Byrne, Jack Canfield, Mike Dooley, Deepak Chopra, Tony Robbins dan ramai lagi. Antara pengaruh jelas kemasukkan fahaman New Age ke Malaysia adalah dengan pengaruh bahan bacaan genre Self Help dari Barat mula dipasarkan kedai-kedai buku di Malaysia. Malah ada yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh syarikat PTS seperti buku Napoleon Hill dan Jack Canfield. “Ada penceramah motivasi yang mula mengadunkan ajaran New Age ini dengan tema ‘islamik’ seperti buku Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan yang mana buku-buku ini jelas membawa kepercayaan New Age antaranya fahaman Law of Attraction.” Selain itu, di Malaysia, antara polemik ajaran New Age yang melibatkan program adalah kes pengharaman ESQ 165 Ary Ginanjar pada tahun 2010 oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Setelah itu pada tahun 2019, sekali lagi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memuatkan teguran di laman Bayan Linnas siri 215 kepada program seminar Metamorphosis yang dibawa oleh Afnan Rosli. Di samping itu juga, pada bulan Jun 2021 pernah tular satu video mengenai amalan Garpu Tala yang dipromosikan oleh artis terkenal di tanah air dan turut diajarkan oleh pakar motivasi di Malaysia. Ia adalah amalan memasang niat dengan membuka al-Quran secara rawak lalu meletakkan jari di mana. Mereka menamakan amalan ini sebagai “istikarah al-Quran”. Sebenarnya amalan ini adalah amalan kaum musyrik yang dikenali sebagai bibliomancy ke atas buku ramalan tetapi diganti kepada al-Quran. Pada bulan yang sama juga, pihak JAKIM mengeluarkan teguran berkenaan istikarah al-Quran, begitu juga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerbitkan Irsyad al Fatwa siri ke 586: Hukum melakukan istikarah dengan membuka al-Quran secara rawak. Pada bulan Disember 2021, negara digemparkan dengan kontroversi “Allah Makhluk Halus” yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan. Individu ini juga dikesan mengajar ilmu Law of Attraction dalam kalangan ahli perniagaanya. Malah individu ini juga dilihat kerap kali berprogram bersama ESQ 165. Pada bulan April 2022, juga telah tular satu video dari halaman Facebook seorang penceramah yang dikenali telah mempromosikan satu amalan dinamakan Meraga Sukma atau Astral Travel. Dia mendakwa boleh mengajar teknik roh keluar dari badan dan terbang ke mana-mana sahaja yang dia kehendaki. Ini juga merupakan amalan kaum kebatinan yang telah diamalkan oleh Hindu, Buddha dan New Age dengan istilah Astral Projection atau Soul Travel. Selain itu, masih banyak lagi amalan-amalan kebatinan New Age yang masih bebas tersebar di atas nama program motivasi dan pembangunan diri. Ada antara mereka mengadunkan ayat-ayat al-Quran dan ajaran Islam dengan kepercayaan ini dengan menggunakan tema aura-chakra, reiki, tenaga alam, zikir nafas, transformasi nafas, NLP dan banyak lagi. Ingatlah larangan ALLAH SWT terhadap sikap mencampur adukan ajaran Islam dengan kepercayaan atau amalan kufur: “Janganlah kalian campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kalian sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya”. (Al-Baqarah: 42) SYAWAL SUATU ANUGERAH DARI ALLAH Sumber Foto:Kementerian Perlancongan Seni dan Budaya Malaysia Satu Syawal adalah… Baca Lagi April 11, 2023 AKU TERIMA NIKAHNYA Foto: @yumi_photog “Aku terima nikahnya” adalah lafaz kemuncak yang dinanti… Baca Lagi April 10, 2023 ISLAMOPHOBIA – KESAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM Pendahuluan Rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan penghinaan atau sindiran agama… Baca Lagi March 30, 2023 KEBEBASAN BERFIKIR DI MANA HADNYA? Keupayaan berfikir merupakan satu fungsi akal yang dikurniakan oleh Allah… Baca Lagi March 16, 2023 PENGUATKUASAAN PERINTAH MAHKAMAH : SOLUSI BAPA CULAS NAFKAH ANAK Setiap perhubungan dalam institusi kekeluargaan akan melibatkan tanggungjawab dan hak…. Baca Lagi March 1, 2023
Baca Lagi
brown-white-mother-baby-goats-inside-barn-1024x683
IBADAH KORBAN
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor