𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 (𝗠𝗔𝗜𝗦) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝟯𝟭 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 3 Oktober 2025 di Bilik Mesyuarat Perdana, Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS; YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opis, Sahibus Samah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor; YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor; dan YBrs. Tuan Mohd Khaidzir bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS). Turut hadir adalah pegawai kanan JAN, YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I dan YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd. Aziz@Juned, Pengarah Audit Negeri Selangor. Seterusnya, YBhg Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor sebaik berakhir mesyuarat. Kredit: Jabatan Audit Negara#MADANIBekerja#TaatSetia#audittelusberkhidmat#AuditDigital      
Baca Lagi
1 2 3 160
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search