BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI
Sabak Bernam, 15 Mei – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini. Delegasi lawatan seramai 13 orang pegawai diketuai oleh Tuan Mohd Isa Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan pewartaan rumah pemulihan yang diluluskan oleh Mahkamah Wilayah Persekutuan. Pihak MAIS diketuai oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dan sesi taklimat berkaitan Baitul Ehsan telah disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Delegasi lawatan turut melawat sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor. Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Norraini Noordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. #mais #menjunjungamanah  BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI Sabak Bernam, 15 Mei – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan,… Berita Penuh May 15, 2024 104 PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JAKIM TERIMA PENDEDAHAN FUNGSI DAN PERANAN MAIS, JHEIS, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT SHAH ALAM, 14 Mei – Seramai 104 pegawai lantikan baharu… Berita Penuh May 14, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI PENGURUSAN AIR SELANGOR SHAH ALAM 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 13, 2024 PROGRAM PERKADERAN ASNAF RIQAB 2024 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR PELABUHAN KLANG, 12 Mei- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh May 12, 2024 PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 1/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS Klang, 11 Mei 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 11, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor