MAIS BIMBING 25 ORANG ASNAF RIQAB DALAM PROGRAM ‘AFTER CARE’
Kuala Selangor, 9 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggalas tanggungjawab sosial dengan membantu dan membimbing 25 orang asnaf riqab membabitkan masalah HIV/Dadah & Sosial  dalam program ‘After Care’ sempena Bulan Pembebasan Riqab MAIS. Program ‘After Care” yang berlangsung pada 9 sehingga 11 September itu, bertujuan untuk melatih peserta untuk berubah ke arah yang lebih baik selain membantu memulihkan semangat peserta untuk kembali pulih dan lebih positif dalam kehidupan. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata semangat kepada para peserta yang hadir untuk terus kekal positif dalam mendepani cabaran yang mendatang serta menjadi pembimbing kepada rakan-rakan seperjuangan  yang lain. Rata-rata para peserta yang hadir dalam program ini memberi maklumbalas yang sangat baik dan mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi. Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Dr. Zulaizat Mohamad Fisal, Pegawai Perubatan Unit HIV; Tuan Shahrilnizar Nordin, Ketua Unit Pencegahan AADK Petaling; Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab; Encik Wan Abdul Aziz Wan Ibrahim, Pengasas Rumah Penawar dan Pengerusi Pengasih Selangor, Encik Jaafar Daud. Semoga dengan pelaksanaan program ini menjadi pemangkin semangat kepada peserta yang hadir serta menjadi asbab agar dipermudahkan usaha jihad dan jalan hijrah mereka. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search