HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AL-KHAIRIYAH, TAMAN SERI GOMBAK
HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AL-KHAIRIYAH, TAMAN SERI GOMBAK
Gombak, 15 Disember 2023-Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah mengadakan Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, kepada jemaah kariah sekitar bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka.
Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas yang akan disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara dari pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dan dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
Turut dikongsikan di dalam kuliah dan tazkirah tersebut berkenaan bahaya memakan harta yang tidak halal dan kaedah pelupusannya dengan cara yang betul dan sistematik.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada jemaah yang hadir.
Lupus dan sucikan wang tidak patuh syariah di Baitulmal MAIS, sila layari pauta diberi untuk membuat transaksi secara atas talian:
Info lanjut, sila layari :
www mais.gov.my
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...