TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU
TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU
SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima dividen daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) berjumlah RM200 ribu bagi tahun kewangan 2022.
Penyerahan dividen ini menunjukkan perkembangan baik dalam pencapaian operasi perniagaan TERAS sepanjang tahun lepas. MAIS mengucapkan jutaan tahniah atas pencapaian ini dan berharap TERAS akan lebih maju dan berjaya pada tahun ini.
Penyerahan dividen ini telah berlangsung selepas Mesyuarat MAIS di Bangunan Sultan Idris Shah yang disempurnakan oleh Pengerusi TERAS, Dato’ Bakhtiar Bin Hussin kepada YAD. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof , Pengerusi MAIS.
Hadir bersama dalam penyerahan dividen ini adalah Y.Bhg Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar Setiausaha MAIS dan En. Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim Pengurus Besar TERAS.
TERAS merupakan agensi MAIS yang berperanan bertanggungjawab membangun, mengurus dan mengawal pembangunan usahawan asnaf di Negeri Selangor.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...