PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG ORANG ASLI, BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK
PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG ORANG ASLI, BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK
Gombak, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan Program Turun Padang MAIS ke Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12 bertujuan untuk membantu menyelesaikan permasalahan orang asli berkaitan pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan diri mereka.
Â
Seramai lebih kurang 300 orang penduduk orang asli menyertai program ini dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Penggerak Masyarakat Orang Asli, Briged Sukarelawan UiTM, Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Â
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk kemas kini rekod pendaftaran pengislaman, pembaharuan Kad Islam, pembaharuan kad pengenalan, sijil kelahiran serta kemaskini status agama. Aktiviti sampingan yang turut memeriahkan program adalah Sukaneka Kanak-Kanak, Kuiz Pengetahuan Fardhu Ain, dan Kuiz Pengetahuan Am.
Â
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara sukaneka dan kuiz disempurnakan oleh Dr. Hjh. Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Menurut beliau, program seumpama ini bukan sahaja dapat membantu permasalahan orang asli, tetapi dapat mengukuhkan hubungan yang baik antara orang asli bersama MAIS serta agensi kerajaan.
Â
Penduduk yang hadir turut mengucapkan terima kasih kepada MAIS dan berharap program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. Penduduk berpendapat, program ini juga dapat memudahkan urusan mereka selain mengeratkan hubungan silaturrahim dengan pegawai MAIS dan pegawai agensi kerajaan.
Â
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...
Subang Jaya, 3 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...
SHAH ALAM, 28 Mac – Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar,...
SHAH ALAM, 26 Mac 2025 – Majlis Agama Islam Selangor...