PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB
PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB
KLANG, 21 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab telah menganjurkan Program Pencegahan Penghayatan Islam Komuniti Disayangi Bahagian Pemulihan Al Riqab bermula pada 19-21 Mei 2023.
Program ini dijalankan bagi membina jalinan ukhwah di antara pertubuhan-pertubuhan dalam Komuniti. Selain Itu, program ini juga bertujuan membina medium untuk pertubuhan komuniti yang disayangi untuk diterapkan dengan nilai-nilai Islam selaras dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta. Antara Penceramah program ini adalah Ustaz Mohd Yasser Abd Ghani, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS , Ustaz Ghaffar Abd Ghani, Penolong Pengurus Kesetiausahaan dan Imam Muda Ammar Wan Harun, Pendakwah Bebas.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Ketua Unit Prihatin Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.
Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta dan berharap agar remaja memperolehi sekurang-kurangnya dua daripada sepuluh ilmu baru yang dicurahkan daripada program ini. Beliau juga berharap agar semua peserta terus berusaha ke arah perubahan selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...