PROGRAM ILAJ DAN REHAB ASNAF RIQAB (HIV/SOSIAL & DADAH) SIRI 3 TAHUN 2024
PROGRAM ILAJ DAN REHAB ASNAF RIQAB (HIV/SOSIAL & DADAH) SIRI 3 TAHUN 2024

PELABUHAN KLANG, 24 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Ilaj Dan Rehab Asnaf Riqab (HIV/Sosial & Dadah) Tahun 2024 pada 22-24 .November 2024.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dalam memantapkan perubahan diri yang kukuh kepada golongan asnaf riqab bagi kategori pesakit HIV, masalah sosial dan dadah. Di samping itu, program ini juga memfokuskan kepada pembentukan jati diri dalam menjalani proses pemulihan.
Program ini mendapat kerjasama dari pihak konsultan iaitu Revert Believers Enterprise yang dihadiri oleh seramai 34 orang asnaf riqab di Rumah Pemulihan Riqab, iaitu Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung dan Sungai Buloh; Pertubuhan Penawar Selangor dan Rumah Sahabat Hulu Langat.
Antara penceramah program ini adalah Encik Badli bin Badaruddin, Pengurus Konsultansi Revert Believers Enterprise, Encik Shahrul Fadzli dan Encik Amirul Qushairi Kamis, fasilitator bertauliah, dan Puan Nurul Wahida Hashim serta Cik Nurhidayah Ali Sadikin, motivator berpengalaman.
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama sesama peserta serta sesi perkongsian sesama ahli bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan sangat berharap agar dapat mengikuti program ini pada masa akan datang.
SHAH ALAM-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan...
SHAH ALAM, 14 Mac-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan...
SHAH ALAM, 14 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan...
SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan...