PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA (IHYA’ RAMADHAN) SULTAN SELANGOR
PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA (IHYA’ RAMADHAN) SULTAN SELANGOR
SHAH ALAM, 3 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin menghadiri Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di sini hari ini.
Pengerusi MAIS turut mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang telah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 434 penerima dari sekitar daerah Petaling melibatkan 64 orang asnaf fakir, 270 orang asnaf miskin dan 100 orang asnaf muallaf. Kesemua mereka menerima sumbangan RM500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM217,000.00.
Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah meletakkan kepercayaannya untuk menggalas amanah dan tanggungjawab besar di dalam menerajui MAIS bermula 1 Mac 2025.
“Sesungguhnya pelantikan ini merupakan satu amanah yang berat di atas batu jemala patik, namun insyaAllah patik bersama-sama dengan Anggota MAIS serta pengurusan MAIS akan berusaha melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan dan kejujuran demi kemaslahatan umat Islam khususnya di negeri Selangor,”katanya.
Pada majlis yang sama, baginda juga turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM13,225,071.60.
Enam syarikat berkenaan adalah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Kumpulan Perangsang Selangor Berhad; Permodalan Negeri Selangor Berhad; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Worldwide Holdings Berhad.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Besar Selangor, Dato’ Amirudin Shari; Mufti Selangor, YAD Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
SHAH ALAM, 3 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato...
SHAH ALAM, 3 Mac–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...
SHAH ALAM, 28 Februari – Majlis Perpisahan Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 24 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...