PENDAFTARAN SYAHADAH ITU MUDAH

PENDAFTARAN SYAHADAH ITU MUDAH

2

 

KLANG 3 Januari 2022 – Alhamdulillah minggu pertama di tahun baru, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kehadiran Puan Inna Anak Dollah daripada masyarakat Orang Asli Suku Mahmeri bagi melafazkan kalimah syahadah dan membuat pendaftaran pengIslaman.

Syukur ke hadrat illahi, urusan pengIslaman yang dibuat di Bahagian Pendaftaran Muallaf dan PIBK, Kompleks MAIS, Klang disegerakan dengan mudah.

Puan Inna merupakan ibu mertua kepada salah seorang pegawai MAIS. Anak-anak beliau yang telah lama memeluk agama Islam menjadi salah satu faktor utama dorongan untuk beliau memilih Islam sebagai agama kehidupannya. Salah seorang anaknya merupakan kakitangan di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Beliau telah memilih nama Siti Aminah Inna binti Dolah sebagai nama barunya sebagai seorang muslimah.

Sama-sama kita mendoakan agar Puan Siti Aminah Inna binti Dolah diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dalam mempelajari Islam dan istiqomah dalam Islam hingga ke akhir hayatnya.

Mudah sebenarnya urusan melafaz syahadah. Untuk maklumat lanjut berkaitan pengurusan pendaftaran pengIslaman bolehlah melayari laman sesawang rasmi MAIS di www.mais.gov.my.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor