MAIS, UIS ANJUR SIMPOSIUM ISU SEMASA BERKAITAN ANCAMAN AKIDAH

MAIS, UIS ANJUR SIMPOSIUM ISU SEMASA BERKAITAN ANCAMAN AKIDAH

391646335 707368071308395 4270675084502720948 n
Bangi, 17 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Universiti Islam Selangor (UIS) menganjurkan Simposium Isu Semasa Ancaman Akidah Malaysia 2023 di sini hari ini.
 
Simposium ini membawa tema Ajaran Sesat Di Malaysia: Isu dan cabaran sebagai wadah mengetengahkan isu ancaman akidah di Selangor dan di Malaysia amnya.
 
YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS berbesar hati merasmikan program yang diadakan hari ini.
Sambutan amat menggalakkan apabila seramai 200 orang peserta dikalangan wakil Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, guru-guru takmir dan wakil jawatankuasa masjid sekitar Selangor telah hadir mengikuti program ini.
 
Peserta-peserta dibentangkan dengan isu-isu semasa ancaman akidah di Malaysia dan juga lintas sempadan Malaysia-Indonesia.
 
Penyampaian ucaptama oleh YAD Dato’ Setia Prof Madya Dr. Hj. Anhar Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor mengenai Fatwa dalam mendepani cabaran isu ancaman akidah dan seterusnya forum senario semasa dan penangan ajaran sesat.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor