MAIS TERIMA LAWATAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM

MAIS TERIMA LAWATAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM

393013422 706779518033917 5703883280197028114 n
SHAH ALAM, 16 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
 
Delegasi seramai 14 orang pegawai PTAR diketuai oleh Puan Nor Azwani Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan fail dan rekod yang dilaksanakan di MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.
 
Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS mengalu-ngalukan kehadiran delegasi dari PTAR dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.
 
Dalam perkembangan yang sama, Puan Siti Jalilah Mohd Tubin, Ketua Bahagian Pentadbiran MAIS turut berkongsi maklumat berkaitan Digital Document Management System (DDMS) yang dilaksanakan di MAIS.
 
Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Puan Rohana Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS.
 
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan PTAR.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor