MAIS TERIMA LAWATAN KERJA DARI PTPTN
MAIS TERIMA LAWATAN KERJA DARI PTPTN

SHAH ALAM, 17 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diketuai oleh Puan Rohaidah Deris, Pengurus Besar Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Selangor.
Lawatan seramai dua orang pegawai PTPTN disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.
Lawatan bertujuan menjalinkan program kerjasama dengan MAIS terutama dalam program Corporate Sosial Responsibility (CSR) berdasarkan pulangan wang zakat perniagaan untuk disumbangkan kepada asnaf yang layak.
Turut hadir dalam perbincangan ialah Ustaz Khairul Azhan Ahmat, Ketua Jabatan Pengurusan Muzakki, Lembaga Zakat Selangor (LZS); Puan Zainabee Mohamed Kassim, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab MAIS.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dengan PTPTN.
HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis...
GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah...
RAWANG, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan...
SHAH ALAM, 30 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...