MAIS TERIMA LAWATAN DARI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
MAIS TERIMA LAWATAN DARI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
SHAH ALAM, 25 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Â
Delegasi seramai dua orang diketuai oleh YBhg. Prof Dr. Sayuti Abd Ghani, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM bertujuan untuk membincangkan hal ehwal perhubungan dua hala antara UPNM bersama MAIS bagi memperkasakan pelajar asnaf dan B40 Selangor yang sedang melanjutkan pengajian di UPNM.
Â
Kunjungan lawatan disambut penuh mesra oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Â
Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi); Puan Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK; Encik Zainudin bin Johari, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah LZS; Encik Muhammad Hafiz Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Zullman Sayuti, Penyelia Kanan Bahagian Pendidikan Islam JAIS.
Â
Semoga jalinan kerjasama yang lebih erat dapat dilaksanakan di antara MAIS dan UPNM pada masa hadapan terutama dalam meringankan bebanan pelajar-pelajar asnaf yang melanjutkan pengajian di IPTA ataupun IPTS.
Â
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...