MAIS TERIMA LAWATAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MAIS TERIMA LAWATAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

426592964 772452194799982 2680530490285123606 n
Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Kementerian Dalam Negeri, Negeri Selangor di sini pada 13 Februari.
 
Delegasi seramai empat orang diketuai oleh Puan Sharifah Rohaizah Syed Razali, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Selangor bertujuan untuk membuat permohonan penambahan Penurunan Kuasa di bawah Peruntukan Seksyen 17(1) dan Seksyen 17(2) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) Kementerian Dalam Negeri.
 
Selain itu lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping menjalinkan ruang kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.
 
MAIS diketuai oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Yusaini Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan wakil Bahagian Undang-Undang MAIS.
 
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik di antara MAIS dan Kementerian Dalam Negeri.
 
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor