MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAWHAR DAN JKPTG
MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAWHAR DAN JKPTG
SHAH ALAM, 5 Ogos 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).
Delegasi seramai 9 orang pegawai JAWHAR dan JKPTG telah hadir ke MAIS diketuai oleh Puan Nur Shakinah Mohd Yusop, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal JAWHAR dan Tuan Haji Baharuddin Aziz, Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka JKPTG bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan Wasiat MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.
Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-ngalukan
kehadiran delegasi dari JAWHAR dan JKPTG dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam,”katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS turut berkongsi maklumat pengurusan baitulmal MAIS kepada delegasi yang hadir.
Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS dan Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Baitulmal MAIS.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan ukhwah MAIS bersama JAWHAR dan JKPTG.
Perkahwinan sindiket telah lama berlaku sama ada perkahwinan itu dilaksanakan...
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...