MAIS TERIMA KUNJUNGAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

MAIS TERIMA KUNJUNGAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

426545900 769512375093964 1702272425248728785 n
SHAH ALAM, 8 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang diketuai oleh Puan Sharifatul Hanizah Said Ali, Pengarah Eksekutif Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
 
Lawatan seramai lima orang disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik terutama yang melibatkan pasaran modal Islam dan wakaf di samping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
Antara lain pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkongsi maklumat berkaitan perkembangan pasaran modal Islam yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
 
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
 
Hadir sama dalam perbincangan ialah Encik Rohaizul Mohamed Khalil, Pengarah Kewangan MAIS; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS dan Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
 
Turut terlibat dalam perbincangan ialah wakil dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Perbadanan Wakaf Selangor(PWS).
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor