MAIS SERU ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI, SYARIKAT KORPORAT DAN SWASTA TUNAI WAKAF KE PERBADANAN WAKAF SELANGOR

MAIS SERU ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI, SYARIKAT KORPORAT DAN SWASTA TUNAI WAKAF KE PERBADANAN WAKAF SELANGOR

405764494 732750115436857 884815523953818867 n 1
SHAH ALAM, 5 Disember – YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyeru kepada semua syarikat korporat dan swasta terutamanya anak syarikat kerajaan negeri menghulurkan sumbangan wakaf tunai korporat ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar dapat dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi di Selangor.
 
“Sekiranya lebih banyak anak syarikat kerajaan negeri turut serta membuat bayaran wakaf tunai korporat, jumlah kutipan wakaf akan bertambah dari masa ke semasa,” ujar beliau.
 
Beliau juga berharap agar semua anak syarikat kerajaan negeri mencontohi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) yang telah menyempurnakan wakaf tunai korporat kepada PWS.
 
Tambahnya lagi, PWS iaitu anak syarikat MAIS akan terus komited dalam membudayakan amalan berwakaf dan menyeru kepada anak syarikat kerajaan negeri yang lain atau syarikat swasta untuk mengambil peluang berwakaf.
 
Pada 4 Disember, PWS telah menerima sumbangan wakaf tunai korporat berjumlah RM200,000 dari KPS Berhad.
 
Menurut PWS, KPS Berhad adalah syarikat milik kerajaan negeri Selangor (GLC) yang pertama melaksanakan wakaf tunai korporat tersebut.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor