KURSUS TAFAQQUH FIDDIN PEMANTAPAN KEMAHIRAN DAN PROFESIONALISME GURU PEMBIMBING RIQAB SIRI 22024

KURSUS TAFAQQUH FIDDIN PEMANTAPAN KEMAHIRAN DAN PROFESIONALISME GURU PEMBIMBING RIQAB SIRI 22024

448178341 841356451242889 3683943834322621135 n
PELABUHAN KLANG, 9 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Kursus Tafaqquh Fiddin: Pemantapan Kemahiran dan Profesionalisme Guru Pembimbing Riqab Siri 2/2024 pada 7-9 Jun 2024.
 
Seramai 58 orang peserta dikalangan guru pembimbing asnaf riqab telah hadir mengikuti kursus yang dijalankan dengan kerjasama perunding Intelek Gemilang Management Services.
 
Guru-guru pembimbing ini merupakan guru yang ditempatkan untuk kelas bimbingan asnaf riqab di Rumah Pemulihan Riqab (RPR), Rumah Pemulihan Majlis (RPM) dan kelas AADK seluruh Negeri Selangor.
 
Kursus ini merupakan siri kedua untuk kumpulan Guru Pembimbing Riqab bagi kumpulan kedua bertujuan untuk memantapkan kaedah dan kemahiran guru pembimbing riqab dalam membimbing asnaf riqab supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
 
Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan khususnya Ilmu Fardu Ain, Feqah dan Tauhid. Di samping itu, kursus ini memberi pendedahan berkaitan kaedah kerja berpasukan bagi memperkukuhkan profesionalisme guru pembimbing riqab.
 
Penceramah yang terlibat dalam program ini adalah Muhammad Zulazizi Mohamed Zaidi, penceramah bebas; Ustaz Muhammad Hanafi Mohammed Zaidi, Imam Masjid Al Khasyi’in Kuala Lumpur dan Ustaz Umar Watson Tading, Ahli Panel Penasihatan Istitabah Selangor dan fasilitator bertauliah.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS. Dalam ucapannya, beliau memuji komitmen guru-guru yang hadir dan berharap agar mereka sentiasa istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab membimbing asnaf riqab untuk kembali ke jalan yang diredhai.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan memuji pihak MAIS kerana sentiasa menghargai usaha mereka dalam menyebarkan dakwah dan membimbing asnaf riqab di seluruh Selangor.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor