KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH 2023

KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH 2023

402086610 725061762872359 8604286307814977227 n
KLANG, 19 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor menganjurkan Kursus Pemantapan Panel Penasihatan Akidah dan Panel Istitabah 2023.
 
Seramai 30 orang peserta dikalangan ahli-ahli panel penasihatan akidah dan panel istitabah dari seluruh Selangor terlibat dalam kursus ini yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 17-19 November yang lalu.
 
Kursus yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta bagi mempelajari prosedur dan tatacara pengurusan mahkamah berkaitan pengisytiharan status bukan lagi Islam. Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta bagi mempelajari ilmu-ilmu pendekatan kaunseling dan strategi dalam menangani isu-isu keluar Islam selain perkongsian nilai-nilai murni dalam perlaksanaan dakwah kepada bukan Muslim.
 
Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Puan Nurul Syakirah Johari, Ketua Bahagian Undang-undang Syariah MAIS; Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah, Pengerusi PERKIM Negeri Selangor dan Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS. Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli panel yang terlibat dalam kursus ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam mendepani cabaran dalam tugasan sebagai Ahli Panel Penasihatan Akidah dan juga Panel Istitabah.
 
Tambah beliau lagi, tugasan sebagai panel adalah satu tanggungjawab yang besar kepada ummah khususnya di Negeri Selangor.
 
Diakhir kursus, semua peserta menerima sijil kehadiran yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz, Penolong Mufti Jabatan Mufti Negeri Selangor.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor