PERBINCANGAN MEJA BULAT PENGURUSAN KES MAHKAMAH SYARIAH: DASAR PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN PERINTAH KOS DAN KRITERIA RAYUAN KES
PERBINCANGAN MEJA BULAT PENGURUSAN KES MAHKAMAH SYARIAH: DASAR PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN PERINTAH KOS DAN KRITERIA RAYUAN KES
SHAH ALAM, 24 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Sektor Pembangunan Sosial dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Syariah, Sektor Undang-Undang telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat bagi membincangkan penetapan dasar penguatkuasaan penghakiman perintah kos serta kriteria keadaan kes yang perlu dirayu atau tidak.
Â
Objektif utama program adalah membincangkan kepentingan penguatkuasaan penghakiman perintah kos dalam memastikan komitmen pihak yang terlibat serta mengekalkan kewibawaan Mahkamah Syariah selain menetapkan garis panduan atau dasar yang jelas bagi penguatkuasaan perintah kos dalam kes-kes Mahkamah Syariah.
Â
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan dalam sesi perbincangan ini yang disampaikan oleh YA Datuk Haji Mohd Radzi Abd Latif, Hakim Mahkamah Rayuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Dato’ Prof. Madya Dr. Haji Miszairi Haji Sitris, Timbalan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Mufti Selangor dan En. Ta Honn Yu, Ahli Panel Penasihat Akidah, Jabatan Mufti Selangor.
Â
Selain itu, sesi perbincangan ini turut melibatkan pengamal undang-undang syariah termasuk peguam syarie serta kaunselor akademik antaranya ialah pensyarah dari Jabatan Bimbingan & Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Dar Al-Hikmah.
Â
Melalui perbincangan ini, sebanyak 12 resolusi telah berjaya dihasilkan yang akan menjadi panduan bagi MAIS dalam memperkukuhkan dasar berkaitan penguatkuasaan penghakiman perintah kos serta kriteria kes yang perlu dirayu atau tidak.
Â
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Yang Amat Arif Dato’ Mohammed Adib Husain, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor; Tuan Che Saupi Che Husin, Wakil Penasihat Undang-Undang Selangor; Dr. Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS; Puan Nurul Shakirah Johari, Ketua Bahagian Undang-Undang Syariah, Sektor Undang-Undang, MAIS dan Ustazah Hafizatulakmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS.
Â
Perbincangan ini turut disertai oleh peserta dari pelbagai jabatan dan agensi negeri serta persekutuan, termasuk wakil dari Majlis Agama Islam Negeri, antaranya ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Â
SHAH ALAM, 28 Februari – Majlis Perpisahan Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 24 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 20 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
PULAU KETAM, 15 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...