KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL DAN PERUNDANGAN SYARIAH MAIS DIBUKA

KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL DAN PERUNDANGAN SYARIAH MAIS DIBUKA

450320073 859468866098314 5375876942017951847 n 1
11 Julai — Bagi meluaskan lagi informasi berkaitan kemudahan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Baitulmal MAIS dan Unit Guaman Syarie MAIS telah menyertai program anjuran Hospital Pakar Avisena sempena Hari HR Avisena 2024.
 
Prgram yang berlangsung dari 11 hingga 12 Julai ini memberi ruang kepada MAIS untuk membuka kaunter penerangan bagi berkongsi berkaitan pengurusan harta dan perkhidmatan guaman kepada pengunjunng yang terdiri daripada kakitangan Hospital Avisena.
 
MAIS turut diberi ruang untuk menyampaikan taklimat berkenaan Pengurusan Harta kepada kakitangan Avisena .
 
Taklimat disampaikan oleh Ustaz Hj Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran, Baitulmal MAIS bertajuk Pengurusan Harta yang dihadiri hampir 100 orang peserta.
 
Semoga dengan ruang ini, lebih ramai kakitangan Avisena memahami peranan MAIS dan menggunakan perkhidmatan MAIS bagi memudahkan urusan pengurusan harta dan selainnya.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor