KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA KURSUS PERDANA HAJI

KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA KURSUS PERDANA HAJI

440402963 815345963843938 5360940730555903580 n
Shah Alam, 28 April – Bersempena dengan Kursus Perdana Haji Negeri Selangor 1445H/ 2024M, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah membuka kaunter baitulmal pada 27-28 April bagi berkongsi maklumat berkaitan hibah, wasiat, faraid & lain-lain perkhidmatan MAIS.
 
Kaunter baitulmal dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam pada hari sabtu dan pada hari ahad pula bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari.
 
Turut hadir bersama adalah Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran serta pegawai-pegawai dari Sektor Baitulmal.
 
Alhamdulillah, Baitulmal MAIS diberi ruang untuk perkongsian berkaitan pengurusan harta di Kursus Perdana Haji di Masjid Negeri Shah Alam yang melibatkan hampir 8,000 bakal jemaah haji.
 
Terima kasih kepada pihak Tabung Haji Negeri Selangor dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam kerana telah memberi peluang dan ruang untuk MAIS turut menyertai dalam menyampaikan dakwah berkenaan pengurusan harta buat bakal jemaah haji.
 
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada ummah.
 
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor