HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID TAMAN SUTERA KAJANG
HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID TAMAN SUTERA KAJANG
Kajang, 24 November 2023 – Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal mengadakan Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Taman Sutera Kajang, Huku Langat kepada jemaah kariah sekitar bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
Turut dikongsikan di dalam kuliah tersebut berkenaan bahaya memakan harta yang tidak halal dan kaedah pelupusannya dengan cara yang betul dan sistematik.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada jemaah yang hadir.
Lupus dan sucikan wang tidak patuh syariah di Baitulmal MAIS, sila layari pauta diberi untuk membuat transaksi secara atas talian:
Info lanjut, sila layari :
www mais.gov.my
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...